Friday, August 8, 2008

C!Y3 SeRAm DkAt BuKit pUtUs

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??”
ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ””
Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu”
Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??””
Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje…
..Wassalam…

KePAda LeLaKi YaNg InGin CAlon IsTer!

  • Kriteria isteri idaman adalah:

Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

aku PuTUs LAH CinTa Lah huhuhuhu

Jenny ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya meleluisurat. Suratnya berbunyi begini:-


Hi,My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my heart. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES.


SAFE WALK!The true,JennyTerjemahan ayat Huruf Besar:


  1. CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
  2. PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
  3. PULL MY BODY - TARIK DIRI
  4. COOK-COOK - MASAK-MASAK
  5. CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
  6. CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
  7. BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
  8. SAFE WALK - SELAMAT JALAN
  9. PLAY-PLAY- MAIN-MAIN


MusicPlaylist

PeRiNgaTan????

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer", anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..................

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami: Errorneous syntax. Abort?

isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?

Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?

Suami: Unknown Virus.

so KoRanG JagN Lah PiLIh Laki Yang PakaR KOmPuTer
HuhuhuHUHuhHuHuhUhU

Thursday, August 7, 2008

kisah malam PerTama:


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui.. Sakitnya bang… ! Macam mana nkisah malam pertamai bang..?” Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak esak mengerang “… Sakitnya Bang”
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!” …
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?


mEsT! KoRaNg PikIr LeN Kan... !sh.. !sh... !sH...
BaCe SmPa! Hb!s LeN KaL! taU..
CoMmeNt L@h..

unTuK. Mse Lpang.......

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes



Cerita 1

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…

Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”

Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”


Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”

Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”